SEARCH AND SHARE:

Custom Search

‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’ (Ketogenic Diet)


‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’
(Ketogenic Diet)



Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).

Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.

CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIETII)


PROTEIN YANG MENCUKUPI
Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal. 


Contoh Keperluan Protein Badan:

Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari. Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein. Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI
EFA = Omega 3 & Omega-6

EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI
Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII. Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

AIR YANG MENCUKUPI
Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.

Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh. Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).

Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.

FIBER YANG MENCUKUPI
Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini. Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka. Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting. Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.

SENAMAN YANG MENCUKUPI
Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.

KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL
Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja. Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.

Terdapat 2 jenis karbohidrat;


1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi). Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.

2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga. Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi!